Monday, May 13, 2013

Tayar Kereta



Tips Tentang Tayar Kereta

1. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam kepermukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Contoh, nombor tersebut 4201. 42 ialah minggu kedua dan 01 ialah tahun 2001 di kilangkan. Maka, pada minggu ke 42 tahun 2003 tayar itu sudah expired. Dari pengalaman, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

2. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

3. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana  yang kurang panas dan apabila digunakan diMalaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek
(cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. JAdi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan.

4. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama  tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.

5. Berikut adalah tekanan angin yang disyorkan oleh pembuat tayar :
Bil.Saiz tayarModel kenderaanTekanan angin(sejuk) (kPa)
1.155/70R12Perodua Kancil180
2.165/55R14Perodua Kenari180
3.205/70R15Perodua Kembara200
4.165/60R13Perodua Kelisa180
5.185/60R14Proton Saga (baru)200
6.195/55R15Proton Waja200


Moga tips ini berguna anda semua.

Friday, May 10, 2013

Maksud Provokasi


Maksud mengikut kamus ;
1 a archaic : to arouse to a feeling or action b : to incite to anger
2 a : to call forth (as a feeling or action) EVOKE<provoke laughter> b : to stir up purposely <provoke a fight> c : to provide the needed stimulus for <will provoke a lot of discussion.

Ramai yang tidak mengetahui apa maksud provokasi sebenarnya. Ade juga sesetengah yang tidak pernah dengar pun perkataan provokasi. Saya nak kongsi ilmu mengenai provokasi pada semua pembaca supaya korang sume tak la digelar seperti katak di bawah tempurung.  :-)




Topik provokasi ni memang agka panas dan susah nak dijelaskan. Kadang-kadang provokasi ini pun boleh jadi satu jenayah. Provokasi merupakan perbuatan membangkitkan kemarahan, minat, dan sebagainya. Sebagai contoh apabila seseorang mengeluarkan kata-kata yang boleh menjatuhkan seseorang. Apabila seseorang melakukan provokasi, pelbagai isu dan tindakan akan di buat oleh terprovokasi. Sila lihat geonologi ini. ;


          Dari geonologi ini, apabila berlakunya provokasi 6 elemen akan bersangkut paut iaitu evolusi, hasutan, godaan, terprovokasi, pancingan dan asungan. Ini bermakna apabila seseorang terprovokasi, sifat marah dan tekanan dalam diri muncul. Di tambah pula dengan hasutan dan godaan dari kawan-kawan. Selepas itu akan muncul satu tindakan yang tidak sewajarnya di ambil oleh orang yang terprovokasi itu. Di situlah terjadinya jenayah provokasi.



Provokasi sememangnya tidak elok untuk dilakukan kerana ia boleh membahayakan nyawa, serta menjatuhkan kedudukan seseorang. Apa salahnya kita kongsi kejayaan sama-sama. Jangan la terlalu cemburu. Kita kena la usaha baru la dapat kejayaan bukan dengan mengambil jalan pintas. Saya harap semua pembaca dapat faham maksud istilah provokasi ini.

Sila tinggalkan komen anda.






Monday, May 6, 2013

Keputusan PRU Ke-13

Tanggal 5 Mei 2013 yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia akhirnya tiba juga. Peningkatan positif rakyat Malaysia keluar mengundi adalah satu perkembangan terbaik rakyat Malaysia yang menyokong pemerintahan secara demokrasi di Malaysia.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada calon-calon yang menang bertanding dalam PRU Ke-13. Kemenangan yang anda dapati adalah pilihan rakyat untuk anda berjasa pada mereka. Lakukan yang terbaik demi negara Malaysia tercinta.

Walaubagaimanapun, tidak kira Barisan Nasional (BN), Parti Islam Semalaya (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Parti Diplomatik Bertindak (DAP) yang memerintah negara, pastikan parti atau pemimpin itu melaksanakan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.

Berikut merupakan keputusan rasmi PRU Ke-13 ;


                             
 
Barisan Nasional telah berjaya membentuk kerajaan dengan memenangi keusi Parlimen 133. Manakala Pakatan Rakyat memenangi 89 kerusi Parlimen.

Jumlah undi yang diterima Barisan Nasional adalah 5.220 juta (48.7%). Manakala Pakatan Rakyat memperoleh 5.489 juta (51.3%).

Monday, April 29, 2013

Filem Fast & Furious 6

Filem paling ramai minati di seluruh dunia bakal menggegarkan pawagam pada 23 Mei 2013.




Fast & Furious 6 lebih aksi dan lasak berbanding filem sebelumnya. Fast & Furious 6 dibintangi oleh Van Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson dan ramai lagi.

Kepada peminat-peminat kereta, pasti anda tidak akan terlepas peluang untuk menyaksikan filem Fast & Furious 6 ini.

Thursday, April 25, 2013

Harga Rumah 2013

Harga rumah semakin hari semakin mahal. Sehingga tak termampu untuk membelinya.

Ini disebabkan faktor ekonomi yang kian pesat membangun.

Rumah teres yang kini berharga 200K ke atas.

Apartment. Gaji pokok RM1500 - RM2500.


Sehubungan dengan itu kerajaan telah membantu rakyat yang kurang berkemampuan dengan adanya PR1MA.

Sesiapa yang ingin mendaftar rumah PR1MA ini, anda boleh layari http://www.pr1ma.my/

Wednesday, April 24, 2013

Matematik Mudah dari Adi Putra

Adi Putra ialah seorang genius dalam matematik.

Beliau telah memperkenalkan cara membahagi nombor 5 dengan cara mudah.

Beliau telah kongsikan cara ini di Astro Ceria.

Contoh :


30 perlu didarabkan dengan 2.


Nilai 60 itu pula, pada digit pertama diletakkan titik.


Jadi, jawapannya ialah 6.

Jom kita lihat contoh lain.




Apa tunggu lagi. Cuba lah.

Thank U Adi!!


Tuesday, April 23, 2013

PRU 13 Semakan Pengundi

Sempena Pilihan Raya Umum yang ke -13 pada 5 Mei 2013, anda dinasihatkan untuk menyemak status pendaftaran anda di laman web SPR.

www.spr.gov.my/ 

Kepada yang tidak mendaftar, anda juga dinasihatkan untuk menyemak kerana mungkin nama anda sudah didaftar secara automatik dari pendaftaran BR1M atau keluarga anda telah mendaftarkan bagi pihak anda.





Jangan terlepas peluang untuk mengundi kerana undi anda adalah sangat bernilai demi masa depan negara.